Syukur ya Allah
Sukacita dimaklumkanpermohonan SEMENTAS bagi dewan terbuka berbumbung telah diluluskan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali selaku Ahli Parlimen Gombak merangkap Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Surat kelulusan telah diterima oleh Puan Pengetua, Pn. Nor Addha binti Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Masjid Jamek Al -Amaniah tadi.

Parlimen Gombak juga telah bersetuju untuk membantu penerbitan album lagu nasyid sekolah.

Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP dan semua pihak yg terlibat secara langsung dan tak langsung dlm permohonan dibawah payung PIBG SEMENTAS.