Alhamdulillah, walau PKP menjengah Pusat Sumber Sekolah SEMENTAS tetap berkolabrasi dengan beberapa buah sekolah dan individu bagi menjayakan program Jom Baca Bersama 10 minit menerusi aplikasi Google Meet.

Seramai 193 orang terdiri daripada guru dan pelajar serta kakitangan SEMENTAS dan juga pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gombak turut bersama.

Program bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Program diselitkan dengab beberapa kupasan buku oleh pengulas-pengulas jemputan.